Demi masa...

SuMbEr InSPiraSiKu..

CiNTa mUKa BuKU..

Thursday, April 7, 2011

Ya Allah..



Ya Allah..dalam gelap malam ini ku bermohon padaMu ya Allah..berilah kefahaman agama yang mendalam kepada anak-anak didikku..Bimbinglah mereka dalam menempuh jalan-jalan yang makin jauh dariMu ini ya Allah..Lihatlah hati-hati kecil mereka ya Allah..Ampunkan segala dosa dan kesilapan mereka ya Allah...

Dunia manusia yang penuh dengan dosa..Apalah ertinya dan apalah nilainya pengajaranku andai kata solat tidak dirasakan suatu kewajipan oleh anak-anak didikku..Ya Allah..Aku akan cuba sedaya upaya membantu mereka dalam mengenali agamaMu ini ya Allah..Aku ingin lahirkan anak didik yang resah, gelisah dan rasa berdosa andai kata tidak menunaikan kewajipan solat..Anak didik yang akan sentiasa berusaha menunaikannya dalam apa cabaran sekalipun..

Solat itu tiang agama..Tidak menunaikannya beerti meruntuhkan agama Allah..Siapa kita dan apa hak kita untuk meruntuhkan agama Allah yang suci..Betapa pelbagai nikmat yang Allah berikan untuk kita nikmati dari dulu hingga kini..Namun, solat itu tetap diringan-ringankan..Tiada rasa perhambaan kepada Allah di dalam diri kita..Tidak sedarkah kita kaki yang mampu berlari itu..jari-jemari yang boleh menggenggam itu..dan nafas yang sentiasa disedut itu adalah hak Allah..Bila-bila masa sahaja Allah berkuasa mengambilnya..

Ya Allah..berilah kekuatan kepadaku untuk menempuh segala ujian ini..Kekadang terasa diri ini hampir rebah..Berilah peluang untukku mengetuk jiwa anak-anak didikku..Agar mereka merasakan kewujudanMu ya Allah...


Tuesday, April 5, 2011

Bersama rakan-rakan lama..


5 April 2011.. Sempena orientasi guru baru oleh PPD Timur Laut..Memberi peluang bersua muka dengan rakan-rakan satu universiti dulu..sekarang, semuanya membawa haluan masing-masing..tapi kita ditemukan di sini..SMK PEREMPUAN ST GEORGE..rindu terubat..bercerita hal sekolah dan murid-murid..tidak terasa petang yang merangkak..

Wednesday, March 9, 2011

Ya Rasulullah..ya Habiballah..

Sambutan Majlis Maulidur Rasul
 Khamis
Dewan Budaya MBS
3 Mac 2011 bersamaan 28 Rabiulawal 1432 Hijrah 
"1 Malaysia 1 Ummah" 

Bersama PK Ko-Kurikulum, Cikgu Azhar yang merangkap pengarah program.
Antara wajah-wajah pelajar yang banyak membantu sepanjang majlis ini berlangsung. Terima kasih atas jasa kalian.
Alunan al-Quran oleh MOHAMAD RAFEEQ BIN AHAMED BASHEER, pelajar tingkatan 1 WAJA.Moga berjaya dunia dan akhirat.
Bersama ustazah sesi pagi iaitu Ustazah Nur Asikim yang banyak membantu.
Ustaz Khairi, penyelaras program.
Unit Multimedia bertungkus lumus membuat persediaan sebelum majlis bermula.
Tahniah Rafeeq.
Anak-anak didikku yang sedia membantu. Terima kasih!!
Ustazah doakan kalian sentiasa berada di bawah pimpinanNya. Jadikan al-Quran sebagai panduan hidup.
Kenangan bersama..
Pengerusi majlis yang MANTAP, Cikgu Jimmy dan Cikgu Sabariah serta ditemani Ustazah Asikim.
Perkongsian idea dan pengalaman antara guru dan pelajar.
Antara guru-guru MBS yang berjiwa pendidik. Mendidik anak bangsa menjadi insan berguna.
Pelajar MBS yang khusyuk mendengar ceramah Maulidur Rasul. Menghayati kehebatan keperibadian Rasulullah.
VIP. Cikgu Azhar, penceramah hebat yang diundang khas dari USM (Ustazah Rohayati  Daud), Cikgu Analiza selaku penyelaras 1 dan Ustazah Asikim.
Selawat bersama-sama. Alhamdulillah. Ganjaran pahala di sisiNya.
Alunan selawat yang diketuai oleh Ustaz Mohd Khairi Alwi.
Barisan guru turut berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W
Bersama kupasan penceramah yang memukau jiwa.
Terima kasih cikgu......
Guru yang sentiasa menjaga kebajikan pelajar.
Berkorban apa sahaja. Itulah guru. Masa dan tenaga. Demi anak-anak didik.
Alhamdulillah. Ilmu yang diperolehi akan dipraktikkan.

Yes!! Join lagi program ni tahun depan.
Setahun hanya sekali.

Latihan kebakaran..

Demonstrasi kebakaran oleh pihak bomba.
Api yang menjulang tinggi..
Pelajar yang berani tampil mendemontrasikan cara memadam kebakaran.
Bersama rakan setugas..Nur Musfirah..
Terpilih untuk membuat demontrasi.. Menarik..Suatu pengalaman..Cara memadam kena ikut arah angin..

Tuesday, March 8, 2011

Teratakku kini..MBS (Methodist Boys School)

Cikgu Wan dengan lagak disiplinnya..TEGAS & TEPAT..

Ke garisan !!!!!!!!!!!!!!!!!............
Sedia!!!!!!.............
Bismillahhirrahmanirrahim..apa tunggu lagi..PECUT!!

Warga MBS yang semuanya pelajar lelaki..1 Malaysia.
Ahli pasukan Balderstone yang sentiasa memberi sokongan padu..
Syafiq, senyum nampak..('',)

Senyum sikit..('',)
Cikgu Yeoh n the geng yang sentiasa membantu..TQ

Saturday, March 5, 2011

Maahad Hamidiah, Kajang dalam kenangan..

 
 Inilah wajah-wajah anak-anak didikku..
Teruskan belajar demi menggapai sebuah kecemerlangan.