Demi masa...

SuMbEr InSPiraSiKu..

CiNTa mUKa BuKU..

Wednesday, April 20, 2011

Cara bertayammum..

 
Tayammum.. Suatu rukhsah yang diberikan Allah kepada umat Islam bagi menunaikan solat.. Samada ketika ketiadaan air atau sakit.. Namun, ramai antara kita yang tidak terfikir di sebalik rukhsah ini, hakikatnya Allah menyelitkan bahawa betapa penting kewajipan menunaikan solat. Tetapi, berapa ramai yang berada di hospital, terlantar sakit..tapi, solat tetap tidak ditunaikan. Menggunakan alasan sakit untuk tidak mengerjakan solat.???? Padahal ketika sakit itulah waktu yang lebih-lebih lagi kita tingkatkan amalan kepada Allah. 
Tunggulah pembalasan daripada Allah bagi orang-orang yang meninggalkan solat.

Solat adalah tiang agama , tanpanya runtuhnya agama seseorang malah Nabi pernah bersabda : ertinya “ sesungguhnya sempadan di antara seseorang dengan kekafiran adalah meninggalkan solat” ( Hadith Shohih Riwayat Muslim ) 

Manakala dalam sebuah hadith lain ertinya : “ Bukti perjanjian antara kita (Islam) dan kamu (Umat Islam) adalah Solat, barangsiapa yang meninggalkannya maka ia telah jatuh kafir” (Riwayat Abu Daud, Tirmizi,Al-Hakim, Hadith Sohih menurut Ibn Hibban, An-Nasaie dan al-‘Iraqi )

Ia juga adalah jenis ibadah khusus yang terhebat kesannya dalam diri seseorang dan merupakan ibadah khusus yang paling dapat menghampirkan diri seseorang dengan Allah SWT. Terdapat begitu banyak ayat yang menyatakan perihal solat seperti 

Firman Allah SWT ertinya : “Sesunguhnya solat adalah ketetapan buat orang Mukmin menurut waktunya” (An-Nisa: 103 ), Bukan setakat itu sahaja, malah  Allah SWT juga telah menetapkan bahawa tanda sesuatu solat itu diterima adalah dengan melihat kepada kesannya dalam diri individu  sebagaimana Firman Allah  SWT  ertinya : “Sesungguhnya dengan melaksanakan solat itu, dapat mencegah sesorang dari melakukan perkara yang keji dan mungkar”. ( al-‘Ankabut : 45 )

Maka, ingin ditegaskan di sini, bahawa solat yang mampu melahirkan kesan dan tanda yang dikehendaki oleh Allah SWT tadi, hanyalah solat sempurna yang memenuhi sifat solat Nabi SAW. Maka solat yang tepat rukun dan syarat serta rukun hatinya, pasti dapat mengelakkan seseorang dari lembah maksiat. Tetapi hari ini, mengapa ramai juga kelihatan individu yang bersolat masih lagi melakukan maksiat? 

 Jawapannya adalah kerana solat yang didirikan  tidak dibuat dalam bentuk dan kaedah yang diajar oleh Nabi SAW. Akhirnya solat itu  gagal mendidik ruh walapun kelihatan di mata kasar menepati rukun zahirnya.

Firman Allah SWT : Telah berjayalah orang mukmin yang khushu’ di dalam solatnya” ( Al-Mukminun : 1)  

Nabi juga bersabda ertinya : “ Allah tidak melihat kepada solat seseorang yang tidak hadir hati seseorang dengan badannya” ( Hadith Mursal )


No comments:

Post a Comment