Hidup ini penuh ujian.. Namun dari ujian itu hadirnya kemanisan sebuah penghidupan..Lantas kesyukuran harus dipanjatkan kepada Ilahi..Sekadar ilmu dan perkongsian pengalaman..Mudah-mudahan mendapat kebaikan di sisiNya..
Demi masa...
CiNTa mUKa BuKU..
Thursday, June 23, 2011
Wednesday, May 18, 2011
MenuJU PunCAk..
Sama-sama bersemangat menyanyikan lagu tema.
Alhamdulillah..Keindahan sebuah Ukhwah yang terjalin..
1 group..1 hati..1 kata..1 akidah..1 agama..
Peserta program khusyuk mendengar ceramah
.
Barisan guru-guru yang banyak membantu.demi agama & bangsa..
Terima kasih cikgu..
Aktiviti LDK yang dibantu oleh fasilitator dalam memberi penghayatan Islam kepada peserta program.
Terima kasih...hmm..sedapnya..
Sunnah Rasulullah..Makan 1 talam..Ukhwah terasa..Pahala dapat..('',)
Bismillahhirrahmanirrahim..
Mai la join kami...('',)
Solat berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat.
Diakhiri dengan persembahan nasyid pelajar sesi petang..
Kumpulan Fi Sabilillah..
Wednesday, April 20, 2011
solat tidak khusyuk..
SOALAN:
Entah mengapa, sejak belakangan ini lidah saya semakin sukar untuk membaca surah alfatihah dan bacaan-bacaan lain dalam solat. Bacaan saya selalu tersekat-sekat dan tidak lancar. Mungkin kerana gangguan dari syaitan. Kadang-kadang saya solat sehingga 30 minit kerana bacaan saya yang sangat teruk. Kadang-kadang saya terasa malas untuk solat kerana 'letih' untuk solat.
Saya harap anda dapat memberi komen dan tips untuk memperbaiki bacaan saya.
Saya harap anda dapat memberi komen dan tips untuk memperbaiki bacaan saya.
Cara bertayammum..
Tayammum.. Suatu rukhsah yang diberikan Allah kepada umat Islam bagi menunaikan solat.. Samada ketika ketiadaan air atau sakit.. Namun, ramai antara kita yang tidak terfikir di sebalik rukhsah ini, hakikatnya Allah menyelitkan bahawa betapa penting kewajipan menunaikan solat. Tetapi, berapa ramai yang berada di hospital, terlantar sakit..tapi, solat tetap tidak ditunaikan. Menggunakan alasan sakit untuk tidak mengerjakan solat.???? Padahal ketika sakit itulah waktu yang lebih-lebih lagi kita tingkatkan amalan kepada Allah.
Tunggulah pembalasan daripada Allah bagi orang-orang yang meninggalkan solat.
Friday, April 8, 2011
Thursday, April 7, 2011
Ya Allah..
Ya Allah..dalam gelap malam ini ku bermohon padaMu ya Allah..berilah kefahaman agama yang mendalam kepada anak-anak didikku..Bimbinglah mereka dalam menempuh jalan-jalan yang makin jauh dariMu ini ya Allah..Lihatlah hati-hati kecil mereka ya Allah..Ampunkan segala dosa dan kesilapan mereka ya Allah...
Dunia manusia yang penuh dengan dosa..Apalah ertinya dan apalah nilainya pengajaranku andai kata solat tidak dirasakan suatu kewajipan oleh anak-anak didikku..Ya Allah..Aku akan cuba sedaya upaya membantu mereka dalam mengenali agamaMu ini ya Allah..Aku ingin lahirkan anak didik yang resah, gelisah dan rasa berdosa andai kata tidak menunaikan kewajipan solat..Anak didik yang akan sentiasa berusaha menunaikannya dalam apa cabaran sekalipun..
Solat itu tiang agama..Tidak menunaikannya beerti meruntuhkan agama Allah..Siapa kita dan apa hak kita untuk meruntuhkan agama Allah yang suci..Betapa pelbagai nikmat yang Allah berikan untuk kita nikmati dari dulu hingga kini..Namun, solat itu tetap diringan-ringankan..Tiada rasa perhambaan kepada Allah di dalam diri kita..Tidak sedarkah kita kaki yang mampu berlari itu..jari-jemari yang boleh menggenggam itu..dan nafas yang sentiasa disedut itu adalah hak Allah..Bila-bila masa sahaja Allah berkuasa mengambilnya..
Ya Allah..berilah kekuatan kepadaku untuk menempuh segala ujian ini..Kekadang terasa diri ini hampir rebah..Berilah peluang untukku mengetuk jiwa anak-anak didikku..Agar mereka merasakan kewujudanMu ya Allah...
Tuesday, April 5, 2011
Bersama rakan-rakan lama..
Subscribe to:
Posts (Atom)




